Followers

Music~

Rancangan Pengajaran Harian

2.0        RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran       : Sains ( Sifat fizikal haiwan)
Tahun                       : 3A
Bilangan Pelajar     : 16 orang
Tarikh                      : 22-10-2012
Masa                         : 8.45 – 9.15pagi (30 minit)
Tajuk                        : Haiwan – Sifat-Sifat Fizikal Haiwan
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
                                     i)   Mengenal pasti sifat-sifat  fizikal haiwan.
                                     ii)  Menyenaraikan sifat-sifat  fizikal haiwan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                                i) Set induksi
                               ii) Aktiviti: Penggunaan papan putih-memerhati pelbagai gambar haiwan dan     
                                    menyenaraikan sifat fizikal setiap haiwan.
                              iii) Penutup: Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.
Nilai                               : bekerjasama, patuh kepada arahan, memberi perhatian, kasih sayang
KBKK                           : Menjana idea, menghuraikan, membanding dan membeza, 
                                         mengelaskan, membuat kesimpulan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mempelajari pelbagai jenis haiwan.

Langkah/
masa
Isi kandungan
(Kemahiran saintifik)
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
( 3 minit)
Mengenal sifat-sifat fizikal pada sesuatu haiwan

(memerhati)



1.    Guru menunjukkan gambar seekor burung helang yang menangkap seekor ular dengan menggunakan cakarnya terbang di atas angkasa dan meminta murid memerhatikan burung itu.

2.    Guru menanya soalan berdasarkan gambar yang ditunjuk.

Soalan:
a.    Apakah yang dilakukan oleh burung helang itu ?

b.    Mengapakah burung helang boleh terbang di atas langit ?

c.    Apakah binatang yang ditangkap oleh burung helang?


d.    Guru memperkenalkan tajuk pelajaran yang akan disampaikan.

       Sifat-sifat Fizikal  Haiwan





1.    Murid memerhatikan  gambar yang ditunjukkan oleh guru.

2.    Murid-murid menjawab soalan dari hasil pemerhatian mereka berdasarkan gambar tersebut.

Bahan:
-Kad gambar
  haiwan


Nilai:
Memberi perhatian

Langkah 1
(10 minit)

Menyenaraikan sifat-sifat fizikal haiwan







1.    Guru menunjukkan gambar sifat-sifat fizikal haiwan iaitu sayap, cakar, kaki, tanduk, bulu pelepah, sisik paruh, ekor dan bulu satu demi satu kepada murid dan menanyakan soalan.

Soalan:
a.    Apakah ini? Apakah  haiwan-haiwan yang mempunyai sifat fizikal ini.

2.    Guru menunjukkan gambar-gambar sifat fizikal haiwan yang lain satu demi satu dan menanyakan soalan.

3.    Guru meminta murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan yang ditunjuk secara kelas dan kumpulan.

4.    Guru menanya soalan kepada murid. Soalan:


a.    Adakah semua haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama?





1.    Murid menjawab soalan guru.

2.    Murid-murid memerhati dan membaca sifat-sifat fizikal haiwan.

Bahan:
-gambar-
  gambar sifat
  fizikal haiwan

Nilai:
Kasih sayang

Langkah 2
(11 minit)

Mengenal pasti sifat-sifat fizikal haiwan seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.

(memerhati dan menyenaraikan)




1.    Guru membahagikan murid  
       kepada 4 kumpulan.

2.    Guru memberi kad manila
yang sudah dilengkapi dengan 3 jenis haiwan.

3.    Guru meminta murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.

4.    Guru memantau setiap kumpulan.

5.    Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka secara bergilir-gilir.

6.    Guru memberi  ganjaran dan pujian kepada murid.

7.    Guru bersama murid-murid merumuskan bahawa setiap haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang tersendiri.

1.    Murid-murid duduk dalam kumpulan.

2.    Murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di atas  kad manila.


3.    Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan  mereka secara bergilir-gilir.

Bahan:
-Kad manila
-gambar-gambar
  haiwan


Nilai:
Bekerjasama
Penutup
(3 minit)
(berkomunikasi)
1.    Guru meminta murid melengkapkan peta konsep dengan sifat-sifat fizikal haiwan.

1.    Murid menyebut sifat-sifat fizikal haiwan.
Lampiran A:
Contoh peta konsep

Refleksi /
Penutup
(3 minit)
Membuat rumusan
1.    Murid-murid diagihkan lembaran kerja daripada guru.

2.    Guru memantau kelas.

1.    Murid membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru.

Bahan :
Lembaran kerja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...